Memacu Sektor Perumahan Negara

art-485-01

Dasar Perumahan Negara (DRN) 2018-2025 yang telah dilancarkan pada Januari 2019 merupakan dasar utama yang akan dirujuk dengan matlamat untuk memandu arah dan memacu sektor perumahan negara.

Matlamat tersebut menekankan aspek perancangan, pembangunan dan pengurusan perumahan yang sistematik dan cekap bagi menjana habitat yang mampan, berdaya huni, berkualiti dan inklusif yang mampu dimiliki oleh rakyat.

DRN menggariskan lima objektif, iaitu, menyediakan rangka kerja pembangunan sektor perumahan bagi membantu kerajaan dan pihak swasta dalam menyediakan perumahan berdasarkan permintaan dan keperluan masyarakat, memperkukuh peranan sektor perumahan dalam pengurusan konurbasi bagi mempromosikan pertumbuhan ekonomi dan penyediaan habitat berdaya huni serta memastikan peruntukan sosial sektor perumahan dinikmati oleh isi rumah yang berkelayakan.

Selain itu, DRN 2018-2025 juga dilancarkan bertujuan untuk menggalakkan kepelbagaian akses isi rumah kepada perumahan menerusi pemilikan dan sewaan dan menekankan penyediaan dan penyelenggaraan perumahan berkualiti yang mampu dimiliki oleh rakyat.

DRN 2018-2025 merangkumi lima fokus dan staretgi-strategi seperti berikut:

FOKUS 1

MEMASTIKAN PERUMAHAN YANG BERKUALITI UNTUK SEMUA

Strategi 1.1​

Membangunkan “Piawaian Perumahan Berkualiti” (PPB) untuk meningkatkan mutu keseluruhan perumahan di negara ini.

Strategi 1.2​

Mewujudkan program pembangunan semula untuk memudahkan rejuvenasi bangunan dalam memenuhi “Piawaian Perumahan Berkualiti” (PPB).

Strategi 1.3​

Menambah baik amalan penyelenggaraan bangunan untuk memastikan pematuhan kepada “Piawaian Perumahan Berkualiti” (PPB).

Strategi 1.4​

Memperhalusi peranan kerajaan dan mewujudkan kerangka institusi yang sesuai dalam penyediaan dan penyelenggaraan perumahan berkualiti.

Strategi 1.5​

Menentukan keperluan dan kemahuan dalam meningkatkan penyediaan perumahan dan menetapkan sasaran program bantuan perumahan kerajaan.

FOKUS  2

MENAMBAH BAIK AKSESIBILITI DAN TAHAP KEMAMPUAN MEMILIKI RUMAH

Strategi 2.1​

Memanfaatkan sepenuhnya teknologi dan ekosistem sokongan untuk meningkatkan penawaran dan produktiviti perumahan.

Strategi 2.2​

Menentukan ukuran kemampuan perumahan mengikut kawasan untuk menambah baik rangka kerja pemantauan dan penilaian (P&P) Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan.

Strategi 2.3​

Menentukan ukuran kemampuan perumahan mengikut kawasan untuk menambah baik rangka kerja pemantauan dan penilaian (P&P) Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan.

Strategi 2.4​

Menambah baik skim pembiayaan perumahan sedia ada untuk menyediakan penyelesaian inklusif dan mampan bagi kumpulan berpendapatan rendah dan sederhana dalam mengakses rumah mampu huni.

FOKUS   3

MEMASTIKAN KEJIRANAN YANG BERKUALITI DAN KOHESIF

Strategi 3.1​

Menyediakan dan mengekalkan kemudahan dan perkhidmatan yang berkualiti di kawasan kejiranan untuk menyokong kehidupan masyarakat.

Strategi 3.2​

Memperkasa peranan dan semangat masyarakat dalam mengukuhkan kualiti persekitaran kejiranan.

FOKUS   4

MENAMBAH BAIK KOORDINASI ANTARA PEMBANGUNAN PERUMAHAN DAN PENGANGKUTAN UNTUK KUALITI KEHIDUPAN YANG LEBIH BAIK

Strategi 4.1​

Menyelaraskan proses perancangan perumahan dan sektor dalam rancangan wilayah, struktur, tempatan dan kawasan khas untuk meningkatkan kejelasan dan konsistensi visi serta meningkatkan keberkesanan penyertaan masyarakat.

Strategi 4.2​

Memperkukuh keupayaan Pihak Berkuasa Negeri dan Tempatan dalam memantau dan mengintegrasikan perumahan dan pengangkutan di peringkat analisis, perancangan dan pelaksanaan.

FOKUS   5

MEMPERKUKUH KEUPAYAAN INSTITUSI UNTUK MELAKSANAKAN DRN (2018-2025)

Strategi 5.1​

Memperkemas data dan menangani jurang data untuk memajukan penyelidikan perumahan negara.

Strategi 5.2​

Membina kapasiti penyelidikan dalaman untuk membentuk, memantau dan menilai dasar perumahan dan pelan tindakan.

Strategi 5.3​

Meningkatkan sumber serta memperkukuh undang-undang dan kapasiti teknikal untuk meningkatkan keberkesanan pelaksanaan dan penguatkuasaan.

Comments are closed.