Generasi Berbeza, Cabaran Dalam Latihan Kerja

art-497-01

Dalam sesebuah organisasi, mempunyai pekerja dari pelbagai generasi adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan.

Tidak dinafikan juga, hal ini boleh mendatangkan masalah dalam latihan dan pembangunan di tempat kerja.

Bagi generasi millenial, banyak yang mereka telah pelajari dengan hakikat bahawa, golongan ini lebih banyak menghabiskan masa di rumah dengan menjalani proses pembelajaran dan pembangunan berkaitan kerjaya dalam talian.

Hakikat tersebut adalah baik untuk golongan millenial dan generasi yang lebih awal dari mereka kerana mereka memberikan respon yang baik terhadap teknik pembelajaran mikro dan realiti tertambah (augmented reality).

Walau bagamanapun, sesebuah organisasi masih perlu mempertimbangkan pekerja yang lebih berusia.

Sama seperti bagaimana budaya yang berbeza mempunyai gaya pembelajaran ataupun didikan yang berbeza, begitu juga halnya dalam kepelbagaian generasi.

Sementara generasi yang lebih tua dapat membangunkan kaedah penyampaian yang berbeza untuk mengatasi masalah ini, teknik lain yang boleh diguna pakai adalah dengan menjadikan pelatih dari kalangan generasi muda sebagai aset pembelajaran.

Golongan millenials merupakan duta besar untuk kaedah latihan kerja baharu yang dapat menyampaikan apa yang telah mereka pelajari kepada pasukan dalam organisasi dengan semangat dan disampaikan dengan jelas.

Golongan ini cemerlang dalam mencapai objektif pembelajaran untuk golongan yang lebih tua, maka anggaplah mereka sebagai sebahagian daripada aset pembelajaran dan latihan.

Comments are closed.