Memastikan Pekerja Terlibat dalam Latihan di Tempat Kerja

art-498-01Salah satu cabaran dalam latihan di tempat kerja adalah memastikan penglibatan pekerja dengan platform dan kandungan pembelajaran dalam latihan dan pembangunan.

Lebih merumitkan adalah apabila pekerja yang terlibat tidak dapat memahami objektif dan tidak dapat melihat kerelevanan latihan kepada mereka.

Ada kalanya, penyampaian dalam pembelajaran dalam latihan itu sendiri tidak menarik ataupun tidak sesuai lagi digunakan.

Salah satu cara untuk mengatasi masalah ini adalah dengan membuat portfolio latihan dinamik yang menggunakan pelbagai kaedah untuk mencapai objektif pembelajaran.

Oleh itu, pihak majikan harus menggunakan teknik seperti pembelajaran mikro atau menggunakan elemen audiovisual yang berbeza dalam penyediaan e-pembelajaran kepada pekerja.

Walau bagaimanapun, pendekatan yang jauh lebih berkesan untuk memastikan pekerja terlibat sepenuhnya dalam latihan adalah dengan cara menjadikan calon pelatih sebagai ‘pemegang taruh’ dalam pembelajaran mereka sendiri.

Menerusi kaedah tinjauan dan penilaian, pihak majikan perlu menyediakan kandungan khusus yang menarik yang akan membuatkan pekerja merasakan bahawa mereka benar-benar terlibat dalam latihan pembangunan kerja.

Comments are closed.